Gerakan Keadilan Monetari, Malaysia sanjung tinggi kenyataan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir di Tokyo hari ini bahawa Kumpulan Negara Asia Timur harus mencipta mata wang baru yang bersandar kepada emas untuk menyelesaikan perdagangan antarabangsa. Langkah itu telah lama ditunggu untuk mengimbang kembali skala keadilan terhadap  dunia yg sedang diharungi derita. Kita telah hidup terlalu lama di bawah suatu mata wang antarabangsa yang bersifat penipuan. Apa saja justifikasi yang boleh diberi untuk USD menjadi mata wang antarabangsa pasca Bretton Woods, telah luput satelah peristiwa Presiden Nixon mungkir janji dan menghenti tambatan USD kpd emas  pada tahun 1971. Keputusan ini pun berkait penipuan pencetakan wawenang USD untuk membiayai perang Vietnam. Pada tahun 1971 dunia sepatutnya telah ambil peluang berhijrah kepada mata wang antarabangsa yang lebih telus dan adil tetapi  dunia tidak menghiraukan dan terus menerima USD sebagai mata wang antarabangsanya. Suatu struktur yang goyah dan tidak adil apabila setiap negara menyandar mata wang mereka kepada matawang yang tidak disandar kepada apa- apa, sedangkan wang yang disandar USD kian dicetak mengunung tanpa had. AS kini mempunyai hutang USD22 trilion yang meningkat pada kadar USD1 trilion setahun manakala USD yang dicetak USD200 bilion sebulan. Dan untuk kertas-kertas hijau yang meragukan inilah Malaysia menyerahkan minyak kelapa sawitnya dan dunia menyerah sumber-sumber semulajadi dan terhasil yang sukar diperolehi. Dan kertas-kertas hijau ini dicetak dan dipinjamkan dengan bunga oleh Bank Pusat Amerika Syarikat, yang tidak dimiliki oleh Kerajaan Amerika Syarikat, tetapi dimiliiki oleh pihak perbankan swasta yang dikenal sebagai penyokong utama Zionis. Gerakan Keadilan Monetari mengalu kenyataan berani oleh Negarawan kita di Tokyo. Kami bersedia untuk memberi apa sahaja bantuan diperlukan oleh Kerajaan untuk melaksanakan hajat mulia ini.

Dan sementara kami menyeru kerajaan mengenai penyelesaian antarabangsa yang baru ini, kami juga mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan reformasi monetari di peringkat domestik. Ia boleh dilaksanakan tanpa banyak gangguan kepada sistem yang sedia ada, namun ia akan menyelesaikan tekanan inflasi yang sedang menghimpit rakyat; dan kami syorkan Malaysia mampu menghasil pendidikan percuma kepada seluruh warganegara mudanya saperti sedang hangat diperkatakan sekarang. Tidak dinafikan bahawa mata wang perlu bersifat atau bertambat kepada ‘ain atau nilai intrinsik untuk mengelakkan terlebihan penciptaan wang. Namun kita harus ‘arif bahawa kebergantungan kepada emas atau mana mana ‘ain tidak semestinya bermaksud pengusungan emas kesana sini. Kita mampu mencerna sistem yang lebih sofistikated sesuai dengan peredaran masa. Sekali lagi seperti yang kami sebut dalam Kenyataan Akhbar sebelum ini, kami mempunyai cadangan yang komprehensif berkenaan suatu penyelesaian yang adil untuk membantu kerajaan meredakan kesengsaraan rakyat.

Gerakan Keadilan Monetari / Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari
(PPM-041-10-15012018)

17-01, Kompleks D’Bayu, Jalan Serambi U8 / 21, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam.
Tel: 03 7842 5187, +601112386018 +60122125405 Whatsapp / Telegram
E-mel: monetaryjustice@gmail.com
Laman web: www.mmj.my