The Ultimate Magic Money Tree Has Been Unveiled – Positive Money – Artikel asal.

Apakah maksud artikel diatas? Positive Money sebuah NGO di United Kingdom yang sehaluan dengan Gerakan Keadilan Monetari/Movement for Monetary Justice (mmj.my), gembira sebab Bank of England mula cenderung kepada penyelesaian Wang Sovereign atau Sovereign Money sebagai penyelesaian kepada kemelut ekonomi kini yang dicabar oleh wabak Virus Wuhan ini. Satu dunia kerajaan-kerajaan sedang mencari dana untuk meransang ekonomi. Apabila ekonomi sebuah negara dijenterai hutang bank dan sekali gus kuasa bank untuk bankrup semua orang maka jadi tanggung jawab kerajaan untuk mencari perangsang ekonomi dalam era wabak sedemikian rupa. Kalau pembeli tiada kuasa beli dan syarikat-syarikat perlu hentikan pekerja-pekerja maka permintaan ataupun ‘consumption’ didalam sebuah negara akan menjunam. Akibatnya penjualan/ “sales” menjunam dan mengikut rukun niaga ekonomi hutang, bank berhak dan akan bankrupkan semua orang. Kepada kita yang masih mampu memikir, perkara inilah punca masaalahnya. Yakni ekonomi hutang dan hak bank untuk bankrupkan semua orang. Tetapi kepada minda minda yg telah lali dengan ingkar demi ingkar, ini bukan masaalahnya. Ekonomi hutang dan industri hutang merupakan rukun ekonomi yg mereka imani dan mereka rasa harus dibela sehingga titisan darah terakhir.

Jadi itulah sebabnya setiap kerajaan perlu mencari dana untuk rangsang ekonomi negara kerana ditakuti anak emas mereka akan mengganas dan buat semua orang bankrup.
Mengikut lagenda yg telah ditanam dalam benak fikiran umum oleh bapak-bapak riba, cetakan wang oleh kerajaan merupakan pantang datuk nenek turun temurun. Konon sebabnya ialah akan berlaku inflasi besar besaran. Walhal matlamat sebenarnya bapak-bapak riba ini ialah untuk kekalkan ‘status quo’ bank cipta duit bukan kerajaan cipta duit. Bila bank cipta duit mereka kaya, bila kerajaan cipta duit mereka miskin. NGO antarabangsa “International Movement for Monetary Reform”telah berkali kali nyatakan sekiranya wang dicipta oleh Jawatankuasa Monetari Nasional dibawah kuasa penuh Parlimen, inflasi atau penyelewangan kerajaan semasa tidak akan berlaku.

Tugas kita sebagai Reformis Monetari Islam ialah mencari ‘ain untuk disandarkan kepada wang ciptaan kerajaan ini. Ataupun mencari kaedah yang illahnya sama dengan emas sebagai wang. Yakni tiada inflasi dan tiada pencurian kuasa beli oleh sistem ini. Kaedah ini dijangka mampu diganding dengan penyelesaian2 Islamik yang lain. Kembali kepada isu yang dibincang, yakni Bank of England nampak cenderung kepada penyelesaian Wang Sovereign yang dianjur Positive Money. Ini suatu perkara yang sangat memberangsangkan Positive Money dan semua NGO seangkatan diseluruh dunia.

Apakah alternatif kepada pendekatan baru Bank of England ini ?Alternatifnya ialah apa yg digemari oleh serigala -serigala dunia. Yakni ayam-ayam buruan yg akan digembur oleh polisi “austerity.” Inilah yg dianjur oleh World Bank kelmarin. World Bank tanpa segan silu nasihat Malaysia, untuk tambah hutang, potong subsidi pendidikkan, atau jual Petronas utk hadapi wabak Virus Wuhan ini. Sanggupkah kita jual Petronas untuk atasi masaalah ekonomi wabak? Semestinya tidak! Kalau tidak jangan kita sanjung polisi World Bank dan jangan kita pertahtakan pendirian mereka. Cekalkan pendirian, bebaskan minda dari cengkaman penyelesaian tradisi licik barat ini. Berjinak-jinaklah dengan tuntutan sebenar AlQuran dan Sunnah berkenaan ekonomi, kenal musuh dan kenal diri. Belalah ugama, nusa dan bangsa.

Oleh Muhammad Zahid Abdul Aziz, Reformis Monetari Islam. mmj.my