Tahukah Anda?

by Nov 15, 2016Malay0 comments

“Tahukah anda bahawa wang kertas dan duit syiling hanya merupakan 3% daripada jumlah wang sesebuah negara?”

“Tahukah anda bahawa 97% daripada jumlah wang sesebuah negara dicipta oleh sistem bank daripada atas angin?”

“Tahukah anda bahawa sistem monetari semasa mencuri kuasa beli golongan miskin, menjadikan golongan miskin bertambah miskin, dan yang kaya bertambah kaya ?!”

“Tahukah anda bahawa kini terdapat 200,000 graduan menganggur di Malaysia?” “Tahukah anda bahawa punca utama ini ialah sistem perbankan berasaskan hutang yang kita sedang amalkan?!”

“Sistem perbankan berasaskan hutang samada perbankan Islam atau konvensional, menafikan pembiayaan kepada sektor IKS, sektor yang secara purata mewujudkan 80% daripada jumlah pekerjaan di dalam sesebuah negara”“Bank secara purata hanya membiayai 16% daripada keperluan pembiayaan IKS dimana Institusi Kewangan Pembangunan termasuk Bank SME/IKS, hanya membiayai 3% daripada keperluan IKS! ” “Purata Sektor IKS menyumbang 60% daripada KDNK sesebuah negara”

“80 bilionair memiliki separuh kekayaan planet ini! “

“1 bilion manusia hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$1 sehari”

“Bilangan manusia yang hidup dalam kemiskinan naik sebanyak 100 juta dalam tempoh pendapatan dunia naik sebanyak 2.5% setahun!”

Sumber : realmoney.com.my